KOTA KINABALU: Cadangan Pembinaan sebuah Hospital atau Klinik Baharu perlu di bina bagi menggantikan ‘Klinik Manggatal’ sekali gus untuk menampung keperluan pertambahan penduduk khususnya di kawasan berkenaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, ketika ini kelihatan ‘Klinik Manggatal’ sudah usang serta tidak dapat menampung jumlah pertambahan pesakit yang semakin ramai untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di klinik berkenaan.
Katanya, lebih mendukacitakan apabila terdapat ruang menunggu kelihatan agak sesak manakala pesakit terpaksa beratur panjang di luar klinik sekali gus terdedah kepada cuaca panas atau hujan.
“Ketika ini saya difahamkan hanya 24 orang Pegawai Perubatan (Doktor) yang bertugas..Disamping itu dua 2 Doktor Pakar terpaksa berkongsi lima bilik yang ada untuk merawat pesakit.
“Dalam masa, hanya satu bilik sahaja disediakan katil pesakit….Doktor juga terpaksa menunggu giliran untuk menjalankan pemeriksaan. Rasanya untuk tempoh jangka masa panjang ‘Klinik Manggatal’ ini sudah tidak releven kepada penduduk berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustapha merupakan Ahli Palimen Sepanggar berkata, Pusat Pemeriksaan Suhu dilihat terlalu sempit sekali sering dilanda banjir menunjukkan keadaan ini memang tidak selesa khususnya kepada pesakit yang datang berkunjung untuk mendapatkan rawatan.
“Stor ubat seringkali tidak mencukupi…Sudah tentu kawasan ini memerlukan ruang baharu dilengkapkan dengan keperluan lokasi penghawa dingin sekali gus dilihat mampu memberi keselesaan kepada pengunjung di klinik berkenaan,” katanya.
“Kita berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif untuk melihat keperluan agar ‘Klinik Pekan Manggatal’ ini diberikan keutamaan dalam meningkatkan keperluan pesakit dalam tempoh terdekat,” katanya.