Pemandu maut, jentera dikendali jatuh gaung

KOTA MARUDU: Lelaki warga emas maut selepas jentera berat dikendalikannya jatuh gaung sedalam 80 meter di ladang kelapa sawit Kampung Rosob, Pitas, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya mengesahkan kejadian 2.30 petang itu, mangsa dikenali Kok Vui Siong, 64, maut akibat tersepit.

Katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikejarkan ke lokasi dan dimaklumkan kemalangan membabitkan sebuah jentera ketika melakukan kerja pembersihan ladang.

“Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pasukan bomba dengan bantuan jengkaut.

“Pihaknyan menerima laporan kejadian pada 2.41 petang. katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan pada 4.24 petang.