25 C
Kota Kinabalu
Friday, July 1, 2022

Pelajar dipelawa sertai Pertandingan Kaligrafi Cina Remaja Piala Institut Confucius

KOTA KINABALU: Semua pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di Sabah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Kaligrafi Cina Remaja Piala Institut Confucius Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 6-12 Jun 2022.

Pertandingan peringkat negeri Sabah yang diadakan secara dalam talian itu dianjurkan melalui gabungan kerjasama Institut Confucius (CI) UMS, Persatuan Seni Tulis Cina Kaligrafi Kota Kinabalu Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Menurut kenyataan CI UMS, ia terbahagi kepada enam kategori termasuk dua kategori melibatkan pelajar Sekolah Menengah Bumiputera dan Sekolah Rendah Bumiputera.

“Pelajar bukan berketurunan Cina dialu-alukan menyertai kategori Bumiputera.

“Ia terbuka kepada pelajar berumur 18 tahun dan ke bawah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2022,” demikian menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, penganjuran pertandingan tersebut antara lain bertujuan menggalakkan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah menguasai kemahiran menulis di samping menghayati seni kaligrafi Cina.

Pertandingan ini juga menawarkan hadiah wang tunai, piala dan sijil kepada para pemenang.

“Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman facebook rasmi CI UMS di https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=744413610259806&id=108726743828499,” ujar kenyataan itu lagi.

Related Articles

Stay Connected

156,572FansLike
2,122FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles