SANDAKAN: PAS Sabah mencadangkan agar Sabah harus mempunyai Sistem Panggilan Kecemasan sendiri bagi memastikan keselamatan masyarakat awam lebih terjamin.
Timbalan Pesuruhjayanya, Sahar Abdul Majid, berkata beliau bersetuju jika pusat panggilan kecemasan itu diwujudkan di Sabah bagi mengurangkan birokrasi panggilan kecemasan dari warga Sabah.
Katanya, ketika ini terpaksa melalui Pusat Panggilan MERS999 di Kuala Lumpur, Melaka atau Kucing sebelum disambung ke unit keselematan dan agensi berkaitan di negeri ini.
“Isu ini perlu diselesaikan segera. Isu ini sedang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuk ahli politik dan orang ramai.
“Ini berikutan apabila berlakunya insiden kemalangan di Kolombong yang membawa kematian seorang pembuat roti, Lew Kok Fai, 54 yang dikatakan pasukan perubatan hospital lambat sampai dilokasi kejadian baru-baru ini,” katanya.
Katanya, semua pihak harus mengambil pengajaran daripada insiden ini dan perlu bersatu hati untuk memastikan Sabah memiki Sistem Panggilan kecemasan sendiri bagi memastikan nyawa rakyat dapat diselamatkan.
“Sekadar mengingatkan agar semua pihak juga tidak harus menunding jari kepada agensi di sabah yang terbabit yang mungkin disebabkan adanya maslah teknikal dalam berkomunikasi sehingga kelewatan bantuan kecemasan kepada mangsa.
“Kita yakin pasukan kecemasan kita melakukan yang terbaik demi keselamatan nyawa orang ramai,”katanya.
Semua pihak terbabit perlu menambahbaik dari segi kecekapan serta bertangungjawab sepenuhnya agar insiden seumpama ini tidak berulang lagi.