25 C
Kota Kinabalu
Friday, July 1, 2022

PN sokong cadangan pembahagian kerusi PRU15 lebih awal – Muhyiddin

PAGOH: Perikatan Nasional (PN) menyokong cadangan pembahagaian kerusi lebih awal, membabitkan parti dalam gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata setakat ini Majlis Tertinggi PN belum sampai ke peringkat membincangkan mengenai perkara itu, kerana lebih menumpukan kepada bentuk dan hala tuju dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Saya menyokong jika kita lebih cepat selesaikan pembahagian kerusi, sekali gus akan membolehkan jentera parti dan pimpinan parti dalam PN menentukan kawasan masing-masing untuk bertanding.

“Pada peringkat awal akan timbul masalah seperti perebutan pembahagian kerusi dalam parti-parti gabungan, namun jika boleh selesaikan awal masalah itu, kita boleh atasi supaya tidak menganggu usaha kita untuk memenangi PRU akan datang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata PN masih belum ada perbincangan secara rasmi dengan Pakatan Harapan (PH) untuk bergabung dalam menghadapi PRU15 akan datang.

Rabu lepas, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata PAS sudah berbincang mengenai pembahagian kerusi PN dengan Bersatu untuk menghadapi PRU15.

Bagaimanapun, Mohd Amar dipetik sebagai berkata perbincangan awal itu masih tiada keputusan yang muktamad.

— BERNAMA

 

Related Articles

Stay Connected

156,572FansLike
2,122FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles