KINABATANGAN: PAS adalah parti bekerja bagi menyatukan ummah merentasi pelbagai bangsa berikutan Islam tidak mengkhianati bangsa lain ketika berkuasa.
Timbalan Ketua Penerangan PAS, Hishammudin Abdul Karim, dalam rekod sejarah, ketika Islam berkuasa tidak pernah mengkhianati bangsa lain namun bersama-sama menggembleng tenaga memajukan negara.
“PAS memerintah di Kelantan dan Terengganu tidak khianati bangsa Cina, India. Malah kita melantik mereka menjadi pegawai khas Menteri Besar bersama kita,” katanya.
Beliau berkata PAS Sabah perlu teruskan memainkan peranan yang lebih serius untuk memikat orang Sabah khususnya bagi menghakis pandangan PAS adalah parti Semenanjung.
“Tetapi pimpinan dari Sabah memainkan peranan yang cukup cemerlang dalam mengangkat syiar dan menonjolkan identiti PAS dengan pelbagai cara supaya dapat diterima oleh pelbagai bangsa.
“Perkara ini dapat dilihat melalui agenda dakwah pendidikan, PASTI, SRITI dan SMITI serta agenda kebajikan yang dibuat oleh Jabatan Amal Malaysia, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat tempatan,” katanya.
Hishamuddin berkata walaupun PAS tidak bertanding dalam pilihan raya lepas, tetapi tetap dapat menghantar seorang ADUN lantikan, Dr Aliakbar Gulasan, sangat aktif membantu masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Beliau memainkan peranan yang besar untuk mewajahkan PAS sebagai sebuah parti yang sangat profesional dan tidak rasis seperti yang dimomokkan oleh musuh PAS,” katanya.