KINABATANGAN : Operasi mencari seorang mangsa dilaporkan hanyut ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel besi di Sungai Ulu Segama, Kinabatangan disambung ke esok pagi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, gerakan operasi mencari mangsa ditangguhkan jam 6.14 petang tadi berikutan cuaca yang tidak mengizinkan.
Katanya, menurut pemanggil tiga mangsa dipercayai menaiki bot untuk memasang kabel besi namun bot mereka naiki dihanyutkan arus deras.
“Setakat ini dua orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi mangsa dilaporkan hanyut.
“Pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.04 tengahari tadi. Bomba mengambil masa sampai ke tempat kejadian iaitu jam 3.40 petang berikutan jarak lokasi melebihi 60 kilometer,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Bomba, pasukannya berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat dan menjalankan operasi SAR mencari mangsa menggunakan teknik surface water rescue sekitar 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.