TAWAU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan merasmikan Karnival 3K (Kebersihan , Keselamatan Dan Kesihatan) Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Titingan Tawa, kelmarin.
Pada majlis itu, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Titingan Tawau.
Turut diadakan pada program itu antaranya pelbagai gerai jualan makanan dan minuman dan pameran seperti daripada Tabung Haji, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Co-Opbank Pertama.
Selain itu, aktiviti lain antara karaoke keluarga secara duo dan pertandingan melukis.