TAWAU : Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan meluangkan masa menziarahi penduduk Kampung Titingan Blok 5, Tawau.
Kunjungan menjadi rutin harian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas sekali gus menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
“Menjadi kelaziman saya untuk melawat serta menziarahi mereka yang sakit serta membantu menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan.
“Kunjungan ini bukan bermusim malah berlarutan sejak dahulu ini. Penduduk kampung terutama rakyat di kawasan DUN Apas mengetahui gerak kerja kami di kawasan,” katanya.
Nizam juga melawat serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang kurang sihat.
Hadir sama dalam kunjungan tersebut, Pemaju Mukim DUN Apas, Arkhalid Lajid.