MUIS salur RM40 juta kepada Pembangunan Pendidikan – Arifin

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui zakat menyumbang sehingga RM40 juta setiap tahun kepada pembangunan pendidikan di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata jumlah itu dimanfaatkan untuk bantuan pendidikan kepada para pelajar, dermasiswa serta program pendidikan.

Katanya, tahun lalu MUIS mengumpul atau mengutip bayaran zakat sejumlah RM134 juta.

“Zakat Penggajian antara merupakan penyumbang terbesar iaitu kurang lima peratus, manakala kedua adalah zakat perniagaan.

“Kita menyumbangkan atau mengagihkan semua diberikan kepada MUIS untuk semua asnaf yang berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, salah satu sumbangan besar MUIS melalui zakat ini adalah bidang pendidikan pada setiap tahun lebih RM40 juta berjaya disumbangkan.

“Kita keluarkan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah dermasiswa, bantuan pendidikan kepada pelajar berjumlah RM20 juta setiap tahun.

“Selebihnya untuk guru-guru zakat. Ini juga adalah sumbangan daripada bahagian zakat dan fitrah hasil daripada kutipan atau sumbangan atau hak ditunaikan penyumbang atau pembayar zakat,” jelas Mohd Arifin.

Beliau merupakan Exco Agama dan Pendidikan Negeri Sabah memaklumkan sehingga Mac ini, MUIS berjaya

mencatatkan RM12,941,574.33 punggutan zakat.

“Ini berbanding agihan berjumlah RM48,545,878.90 serta menyasarkan RM140 juta pungutan zakat pada tahun depan.

“Sehingga Mac ini, ada lebih RM12 juta dan kita akan sasarkan seperti mana tahun lepas tetapi bayaran atau agihan meningkat sehingga empat kali ganda,” katanya.

Menurutnya, pada tahun lalu kutipan RM134 juta tetapi agihan berjumlah RM174 juta.

“Sasaran tahun depan insyaAllah mudah-mudahan meningkat daripada RM134 mungkin RM140 insyaAllah,” katanya.