Muhyiddin tawar jadi Penasihat Ekonomi Johor

MERSING: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menawarkan diri untuk menjadi penasihat ekonomi negeri ini sekiranya dapat membentuk kerajaan nanti.

Presiden BERSATU itu berkata, pihaknya mempunyai agenda besar supaya Johor menjadi negeri paling cemerlang, gemilang dan rakyatnya menjadi maju, disegani serta dihormati.

“Saya akan bantu Johor, siapa bakal jadi Menteri Besar PN, tak kira siapa, dia adalah orang yang layak dan saya boleh jadi penasihat ekonomi.

“Kita ada agenda besar untuk rakyat sebab itu slogan kita gunakan dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor ini adalah Demi Bangsa Johor. PN akan berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk kita bangun dan bantu.