Muhammad Suffian tawar diri tanding ‘Ketua Bahagian UMNO Semporna’

KOTA KINABALU: Calon Ketua Bahagian UMNO Semporna, Muhammad Suffian Hindi bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli serta masyarakat di seluruh peringkat akar umbi.

Menurutnya, beliau menawarkan corak serta budaya kepimpinan mengikut rentak keperluan semasa serta berusaha untuk menarik anak muda kembali bersama-sama UMNO khususnya di Semporna.

“Kita memerlukan anak-anak muda di luar sana agar menyertai serta kembali menyokong kepimpinan baharu yang berwajah khususnya di dalam UMNO Semporna.

“Melihat trend pengundi pada kini lebih tertumpu kepada acuan orang muda dengan menampilkan idea-idea bernas sekali gus menarik mereka terlibat secara langsung dalam bidang politik,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffian merupakan Ketua Pemuda UMNO Semporna berkata, beliau bersedia menjadi ‘poster boy’ berwatakan anak muda berpendidikan, berketrampilan serta mempunyai aura tersendiri untuk diketengahkan di peringkat awal.

“Kita sudah buat kajian sejak 2020-sehingga kini….Hasilnya mendapati UMNO terlalu lama, sudah diyakini sebagai parti yang berwibawa sekali gus masih berupaya berpengaruh dalam kalangan orang muda.

“Hasil kajian ini perlu dihormati oleh semua pihak..Pandangan orang muda ini sudah tentu akan menjadi kuasa penentu dalam suasana politik di negeri ini,” katanya.

Mengulas mengenai Konsep ‘Sempurnakan UMNO Semporna’ Muhammad Suffian berkata, ia akan menjadi misi perjuangan bagi memperkasakan semula UMNO Semporna di masa akan datang.

“Sempurnakan UMNO Semporna bermaksud mengambil serta menggalas tanggungjawwab bagi menyempurnakan apa yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu.

“Disamping itu menyempurnakan apa tertangguh serta melaksanakan agenda belum dilaksanakan khususnya melibatkan demi kebajikan ahli parti dan cawangan khususnya di UMNO Bahagian Semporna,” katanya.

Antara faktor lain beliau menawarkan bertanding selaku Ketua Bahagian ialah melihat tepat pada masanya selepas mengambil kira kepada faktor keadaan UMNO di Sabah yang memerlukan kepada ahli serta pemimpin yang setia dalam apa juga keadaan.

“Kita melihat sendiri apa yang terjadi sejak akhir-akhir ini…Keadaan sama juga berlaku pada tahun 2018.

“Pada 2023 keadaan hampir sama, UMNO telah ditinggalkan oleh mereka yang hanya mempunyai kepentingan sendiri.

“Oleh itu…UMNO Semporna harus melakukan perubahan disamping memerlukan ahli serta pemimpin yang setia kepada perjuangannya bagi memastikan parti ini terus releven pada masa depan,” katanya.