Mohd Shafie Ziarah ke Kg Sarapung, Penampang

PENAMPANG: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menziarahi Kampung Sarapung di Penampang yang dilanda kejadian tanah runtuh yang teruk di sini pagi tadi.

Beberapa rumah musnah dalam kejadian tersebut beliau melahirkan perasaan  sedih dimaklumkan bahawa seorang penduduk, mendiang Gouling Gindar yang berusia 97 tahun, telah terkorban apabila tertimbus dalam lumpur.

“Saya merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga mendiang serta menyampaikan rasa simpati kepada semua penduduk yang terjejas.

“Dalam suasana yang penuh duka ini, saya turut menyaksikan semangat kebersamaan yang luar biasa — penduduk saling membantu, menguatkan dan menyokong antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mihd Shafie berkata, beliau mengajak untuk menzahirkan sokongan dalam apa jua bentuk, serta mendoakan agar semua yang terkesan diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan ini.