KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi, bersedia bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU15) sekiranya wujud permintaan sekali gus keadaan kesihatannya mengizinkan.
Katanya, beliau menunjukkan persetujuaan dicalonkan semula sekali gus mempertahankan kerusi itu sekiranya PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat ini.
“Mengenai PRU15 diadakan dalam tempoh ini adalah terpulang kepada budi bicara perdana menteri untuk membuat keputusan sekali gus mendapat perkenaan daripada Yang Dipertuan Agong.
“Kita sentiasa bersiap sedia. Ini termasuklah bersedia menjadi calon semula di Parlimen Lahad Datu pada PRU15 nanti,” katanya kini menyertai BERSATU.
Sementara itu dalam perkembangan sama beliau berkata, pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti tidak wajar dilaksanakan serta tidak munasabah untuk dibahaskan.
“Setiap individu adalah mempunyai hak kebebasan bersuara serta memilih hala tujunya sendiri seperti mana yang berlaku di beberapa negara maju.
“Wakil rakyat ini berhijrah ke lain parti adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, tapi kalau pemimpin macam kita ini melompat demi kelangsungan hidup rakyat.
“Kalau di negara lain ini bercakap tentang hak kebebasan dan sebagainya, kita di Malaysia ini pun bercakap pasal hak kebebasan dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama menyifatkan mereka berhijrah demi kepentingan rakyat serta negara namun dihalang berikutan pembentangan RUU Anti Lompat.