31 C
Kota Kinabalu
Sunday, May 22, 2022

Hajiji ucap selamat berjaya kepada adik Amberly Maidon, Hayden Hansanon

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk  Hajiji Noor mengucapkan selamat berjaya kepada adik Amberly Maidon dan Hayden Hansanon Humprey Suimin yang dipilih mewakili pasukan Malaysia ke World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang akan berlangsung di Disneyland, California, Amerika Syarikat pada 21 Julai hingga 2 Ogos 2022.

“Saya bangga dengan adik Amberly dan Hayden kerana dipilih mewakili negara ke WCOPA. Mereka akan membawa nama negeri Sabah, Malaysia ke persada dunia. Saya yakin mereka mampu melakukan yang terbaik. Saya mengucapkan selamat berjaya,” katanya semasa menemui Amberly dan ibu-bapanya di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hanya dua orang dari Sabah dipilih mewakili negeri ini ke WCOPA, yang juga dikenali sebagai “Olympics for Performers and Entertainers”, telah melahirkan ramai artis hebat di Malaysia seperti Fanzi Ruji, Eylia Guntabid, Aina Abdul dan allahyarham Siti Sarah.

Amberly, 15 akan bertanding dalam kategori Vokal Junior (untuk umur 13 ke 15 tahun) dan Hayden dalam kategori Vokal Senior (umur 18 ke 24 tahun).

Amberly, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang telah memenangi pingat Emas dalam Malaysia Championship of Performing Arts (MCOPA) 2021.

Related Articles

Stay Connected

156,557FansLike
2,116FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles