MENUMBOK: Penganjuran ‘Pertandingan Seni Suara Dan Ketahanan Murai Batu’ sesuai dijadikan acara tahunan bagi menarik kehadiran pelancong luar berkunjung ke daerah ini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Yahya berkata melalui program ini orang yang hadir dapat melihat serta merasai sendiri aksi dan kicauan burung murai yang mempunyai keunikkan peminat tersendiri.
“Inilah menjadi antara daya tarikan utama pengunjung hadir dalam program ini…Kita akan pertimbangkan agar ia menjadi acara tahunan di Menumbok ini nanti,” katanya ketika merasmikan program anjuran Kelab Komuniti Murai Batu Menumbok di Tapak Pesta Nelayan Pantai Mempakul di sini, semalam.
Beliau berkata keunikan pertandingan ini sudah tentu menjadi tumpuan kepada pengemar ‘Murai Batu’.
Katanya langkah ini dilihat satu ruang terbaharu untuk mempromosikan pekan Menumbok sebagai penganjur skala besar aktiviti ini di masa depan.
Menurutnya dianggarkan lebih 216 peserta membabitkan peserta dari Negara Brunei Darussalam, Wilayah Persekutuan Labuan serta Negeri Sarawak hadir di program itu.
“Kita yakin di masa depan, pertandingan ini mampu menarik lebih ramai lagi pengemar aktiviti untuk bersama-sama menyertai program berkenaan,” kata Ak Mohd Yazri.