KOTA KINABALU : Sebuah masjid baharu bernilai RM6 juta akan dibina di Kampung Bangka-Bangkabagi menggantikan masjid sedia ada.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Sakmud berkata, setakat ini proses pelaksanaannya masih di peringkat konsultasi bagi kerja-kerja penentuan tapak pembinaan masjid tersebut.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meluluskan peruntukan tersebut tahun 2024 bagi membina masjid di tapak baharu.
“Pada masa ini, masih di peringkat konsultasi, sekiranya selesai kita akan melantik kontraktor yang berkelayakan untuk memulakan pembinaan tersebut.
“ini kerana memandangkan peruntukan tersebut sudah ada, sekali gus boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Mustapha merupakan Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pembinaan masjid ini nanti akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar.
“Ketika ini masjid sedia ada tidak dapat menampung pertambahan peningkatkan bilangan jemaah pada setiap masa.

“Kita yakin selepas siap nanti masjid ini akan memberikan manfaat sepenuhnya kepada masyarakat Islam di kawasan sekiranya,” jelas Mustapha.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Mustapha menyantuni 34 asnaf di kampung tersebut anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM).

“Kita berharap JKOM akan lebih memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat lebih memahami kerangka Malaysia MADANI yang digariskan oleh Perdana Menteri,” kata Mustapha.
Hadir sama, Ketua Pengarah JKOM Datuk Ismail Yusof serta Timbalan Ketua Pengarah Strategik JKOM, Suwadi Guliling.