KOTA KINABALU: ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah dilantik sebagai Pengerusi baharu SEDCO dengan kedudukan bertaraf Menteri, susulan rombakan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Pelantikan itu menyaksikan beliau menggantikan Datuk Rubin Balang yang kini menggalas portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.
Dalam kenyataan di media sosial, Masiung menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah besar dan berikrar untuk memperkukuh peranan SEDCO sebagai pemacu pembangunan ekonomi negeri.
Masiung turut mengekalkan peranannya sebagai Pengerusi Borneo Cement (S) Sdn Bhd.
Beliau sebelum ini mempertahankan kerusi DUN Kuamut untuk penggal kelima pada PRN lalu.
