Majlis Makan Malam sempena lawatan rasmi isteri Premier Sarawak

KOTA KINABALU: Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Kota Kinabalu telah diraikan dengan Majlis Makan Malam di Sabah International Convention Centre (SICC), semalam.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Seri Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis Makam Malam itu turut diserikan dengan hiburan santai, termasuk persembahan tarian kebudayaan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Antara yang hadir pada majlis makan malam itu Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Puan Flovia Ng.

Juma’ani berada di Sabah sejak 8 Jun 2022. Selain di Kota Kinabalu, beliau dan rombongan juga akan melawat Kundasang.