KOTA KINABALU : Anak Syarikat Alumas Resource Berhad dikenal pasti kini menjalankan operasi perlombongan mineral emas secara haram di Bukit Mantri, Balung Tawau.
Menurut sumber syarikat dibawah kendalian Wullersdorf Resources Sdn Bhd adalah tidak sah berikutan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) Syarikat tersebut telah luput sejak beberapa hari lalu.
“Seperti diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aumas Resources Berhad di Bursa Malaysia pada 24/02/2025 bahawa Syarikat tersebut beroperasi secara sah kerana SKSPM sah sehingga 09/04/2025.
“Setakat ini tiada kebenaran pelanjutan operasi yang diberikan oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia terhadap syarikat tersebut,” katanya kepada Sabah News Today hari ini.
Menurutnya, salah seorang pelabur hanya ingin dikenali sebagai Mr Tan CEO Aumas Resources Berhad harus membuat pengumuman tentang status SKSPM syarikat tersebut.
“Mereka tidak sepatutnya berdiam diri kerana kesannya adalah kepada pelabur.
“Pihak Security Commission juga harus memandang serious perkara ini dan menggantung kaunter Aumas sekiranya wujud dakwaan berkenaan,” jelasnya.
Menurutnya, kegiatan ini dilihat cuba bersekongkol dengan pesalah di Bursa Saham sehingga menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur.
“Saya akan melaporkan terus perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sambutan Hari Raya di Tawau dalam tempoh terdekat.
“Syarikat ini dikenal pasti gagal membuktikan hakgunasama kelulusan EIA yang sebenarnya milik Southsea Gold Sdn Bhd,” katanya.
Dalam tempoh sama, Ketua Pegawai Eksekutif Alumas Resource Berhad Chong Tzu Khen mengelirukan pelabur dengan memberi kenyataan yang tidak tepat.
“Sehingga kini, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Security Commission walaupun banyak kesalahan dilakukan oleh syarikat Alumas Resource Berhad,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Sabah News Today dimaklumkan, pemilik konsesi bakal memfailkan saman sivil dan mendapatkan perintah mahkamah untuk memberhentikan operasi perlombongan Wullersdorf Resources.
Ini kerana pelanggaran syarat perjanjian sewaan serta beroperasi secara haram tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar.