KOTA KINABALU : Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri.
Sumbangan itu diserahkan Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong bersama Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Menurut Sabdil, jumlah sumbangan itu meningkat sebanyak 33 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM1.5 juta.
“Sumbangan ini adalah berdasarkan prestasi kewangan LIGS yang baik padatahun 2023 dan manifestasi semangat LIGS untuk berkongsi hala tuju untuk membangunkan negeri Sabah,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo di pejabatnya, di sini semalam.
Aris yang sebelum ini bertugas sebagai salah seorang Direktor Badan Pembinaan Ideologi Pancasila Republik Indonesia (The Pancasila Ideology Development Agency) menggantikan Ibu Heni Hamidah.