Lelaki pemotong rumput maut dihempap pokok

KOTA KINABALU : Seorang Lelaki maut selepas dihempap pokok tumbang ketika menjalankan aktiviti memotong rumput berhampiran sebuah sekolah di Jalan Tebobon, di sini hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa berumur 35 tahun disahkan meninggal dunia Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kejadian jam 9 pagi tadi.

Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sekali gus meninggal di lokasi kejadian.

“Mangsa tersepit, manakala pasukan Bomba bertindak memotong dahan-dahan pokok tersebut menggunakan gergaji berantai sertq dialihkan ke tempat lain untuk mengeluarkan mangsa.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi tadi kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bersama 11 orang anggota diketuai Komander Operasi, Saflan Sapri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di tempat kejadian, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 9.52 pagi tadi.