Lelaki maut tersepit dibawah dump lori dipandunya

TUARAN : Seorang pemandu maut selepas tersepit di bahagian bawah (Dump Lori) apabila memeriksa lori ketika membuang muatan tanah di Kampung Taginambur Kiulu, Jalan Ranau-Tuaran di sini petang tadi.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, mangsa seorang lelaki berumur 35, tersepit berjaya dikeluarkan pasukan Bomba sekali gus disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, pihak menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.51 petang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan pemandu Lori Tipper lima tan tersepit di bahagian bawahnya.

“Operasi bomba diketuai oleh Mahmud Jumah bersama 10 anggota dari Balai Bomba Tuaran sampai di lokasi kejadian kira-kora jam 3.15 petang dengan jarak kemalangan 49 kilometer.

“Punca kejadian ini disahkan sebagai kemalangan di tempat bekerja. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Nor berkata, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di tempat kejadian, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 3.28 petang tadi.