Labuan sedia jadi Hab e-Sukan Dan Budaya Kreatif rantau BIMP-EAGA

LABUAN : Wilayah Persekutuan Labuan dikenali sebagai pulau bebas cukai dirantau Borneo mampu menjadi hab utama e-Sukan dan Budaya Kreatif membabitkan rantau BIMP-EAGA.

Ketua Majlis Perniagaan BIMP-EAGA, Bahagian  Sosio Budaya dan Pendidikan, Irwin Mohammad Daud Ker berkata, bagi merealisasikan harsat  itu, pihaknya menganjurkan  Kejohanan BIMP-EAGA Level Ups Cup and Epic Youth Games and Anime Tournament (EYGA Tour) di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Irwin Mohammad Daud Ker

Katanya, kejohanan mendapat sambutan menggalakkan itu mendapat kerjasama daripada Digicelcom, Level Up Academy, BIMP-EAGA Business Council (BEBC) Labuan, Dewan Usahawan Melayu Labuan ( DUML) Dan Persatuan e-Sport Labuan.

“Kejohanan menjadi perintis menjadikan Labuan sebagai hab e-Sukan menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM5,000.

“Pemenang kejohanan itu bukan sahaja menerima hadiah wang tunai malah layak ke peringkat  akhir BIMP-EAGA Level Ups Cup dan EYGA Tour diadakan pada 28-30 November ini di Ujana Kewangan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Irwin berkata, beliau yakin kejohanan peringkat akhir eSukan itu menjadi platform penting bukan sahaja kepada peserta tetapi golongan belia dari kawasan BIMP-EAGA.

“Ia secara langsung mengabungkan kompetensi e-Sukan intensif dengan elemen budaya pop Jepun seperti anime dan cosplay.

“EYGA Tour menampilkan pelbagai pertandingan permainan video popular termasuk mobile Legend, Dota 2, Valorant, PUBG Mobile, Tekkes8 dan FIFA 2K25 menawarka hadiah berbentuk USD,” jelas Irwin.

Menurutnya, beliau yakin kejohanan seperti ini dapat memupuk Komuniti e-Sukan lebih kukuh di rantau BIMP-EAGA sekali gus seiring  perkembangan pesat industri e-Sukan di peringkat global.