Enam kenderaan rosak, dua cedera ringan kebakaran rumah di Labuan

LABUAN : Sebanyak Enam kenderaan mengalami kerosakan manakala dua penghuni cedera ringan melecur bahagian bahu selepas terlibat dalam dua rumah di Kampung Ranggu Jalan Rancha Rancha di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan 2.32 pagi kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bersama 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Labuan.

Katanya, kebakaran membabitkan dua rumah ini mengakibatkan salah sebuah daripadanya musnah 100 peratus.

“Turut terlibat terbakar dalam kejadian itu iaitu enam kenderaan yang melibatkan kereta pelbagai jenis termasuk sebuah pacuan empat roda serta van.

“Dua individu penghuni rumah mengalami cedera ringan masing-masing berumur 20 dan 38 tahun di melecur di bahagian bahu,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Rahman berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.27 pagi manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.