24 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

Labuan kembali ke zon merah peringatan buat semua di Sabah

KOTA KINABALU: Pengisytiharan Wilayah Persekutuan Labuan kembali kepada zon merah adalah satu peringatan kepada semua penduduk di Sabah bahawa trend jangkitan boleh bertukar sekelip mata sekiranya lalai dan alpa mematuhi SOP.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes yang melambung tinggi akan membantut dan melambatkan usaha untuk kembali kepada kehidupan seharian yang hampir normal seperti sebelumnya.

“Pelbagai langkah dan kawalan terpaksa dilaksanakan semula bagi mengawal dan mengurangkan jangkitan daripada terus bertambah.

“Sikap kita sendiri lah yang menentukan sejauh mana dan secepat mana kita boleh kembali kepada kehidupan “normal,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles