Labuan dipilih salah satu lokasi penganjuran Program Kemuncak ASEAN Belia 2025 – Hannah

LABUAN : Kementerian  Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan Labuan dipilih sebagai salah satu lokasi penganjuran Program Kemuncak ASEAN untuk belia berlangsung tahun depan.

Menterinya, Hannah Yeo berkata, Malaysia dipilih menjadi tuan rumah penganjuran Kemuncak Persidangan ASEAN 2025.

Katanya, setiap Kementerian diminta merangka program masing-masing melibatkan pelbagai lokasi di seluruh negara.

“KBS merancang untuk menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi program tersebut.

“KBS sedangmempertimbangkan Labuan lokasi daripada penganjuran program ASEAN untuk belia dibawah KBS,” katanya.

Hannah berkata, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan memperhalusi semua topik serta cadangan untuk memastikan Labuan sebagai salah satu lokasi pilihan kelak.

“KBS sedang dalam usaha menjadikan Labuan sebagai tuan rumah  penganjuran Ekspo Sukan  Belia dijadual akan diadakan pada tahun depan.

“KBS menyeru Persatuan Sukan dan Belia memohon peruntukan dana serta geran padanan sukan dan dana Sukan Komuniti,” jelas Hannah.

Menurutnya, peruntukan ini tidak hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia sahaja, sebaliknya ia juga dapat dimanfaatkan kepada NGO Belia dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Pengarah JBS Labuan, Mahanum Fauzi.