29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Kutipan hasil RM7 Bilion buktikan ekonomi Sabah diurus baik – Hajiji

TUARAN: Kerajaan Negeri mengutip hasil hampir RM7 bilion sekali gus berjaya membangunkan negeri di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kutipan ini yang besar sejak merdeka ini membuktikan kerajaan hari iniĀ  mengurus negeri Sabah dengan baik sekali.

Katanya, kerajaan tidak hanya berpolitik berbanding yang lain dengan hanya mahu mendapatkan kedudukan serta jawatan.

ā€œSaya tahu ada yang cuba ambil alih kerajaan dengan cara tidak betul.….Namun, saya bersyukur kerana kita dapat menangani semua cubaan dan cabaran itu.

ā€œIni kerana dengan adanya sokongan padu rakan-rakan daripada PH (Pakatan Harapan) juga sebahagian rakan dari UMNO dan BN (Barisan Nasional),ā€ katanya di sini hari ini.

Hajiji berkata, pendekatan mesra pelabur yang diamalkan Kerajaan Negeri turut menjadi pendorong kepada peningkatan kemasukan pelabur ke negeri ini.

ā€œKita membuka peluang seluas-luasnya kepada pelabur untuk datang ke negeri ini untuk mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan seterusnya pekerjaan kepada anak- anak Sabah.

ā€œSaya juga ingin memberi jaminan kepada rakyat terutama kepada masyarakat TionghuaĀ  kerajaan akan terus melakukan yang terbaik melalui Hala Tuju SMJ untuk memastikan Sabah maju dan rakyat mempunyai peluang dalam negeri mereka sendiri,ā€katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles