KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Sabah Energy Corporation (SEC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
Pada majlis itu, Ketua Menteri menyaksikan penyampaian sumbangan RM200,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif SEC Datuk Adzmir Abdul Rahman kepada Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah Rugayah Awang Besar.
SEC yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Datuk Annuar Ayub turut melancarkan Buku Pelan Pencegahan Rasuah Organisasinya.