Kerjasama pasukan keselamatan berjaya selamatkan lelaki yang panjat bumbung sejak tiga hari lepas

SANDAKAN : Hasil kerjasama pasukan keselamatan telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang bertindak memanjat bumbung sebuah blok apartment Sejati Ujana, Batu 7 sejak tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata lelaki bukan warganegara yang dikenali dengan panggilan Jinjing, 39, berjaya diselamatkan lebih kurang pukul 1.06 petang tadi.

Kerjasama pasukan keselamatan berjaya selamatkan lelaki yang panjat bumbung sejak tiga hari lepas

Katanya, tindakan menyelamat oleh anggota bomba itu dilakukan selepas sesi memujuk dilakukan selama tiga hari.

“Selama tiga hari sesi memujuk cuba dijalankan sehinggalah ke hari ini kerana bimbangkan keselamatan mangsa sendiri yang berada di atas bumbung. Sesi memujuk yang terakhir pada kali ini mendatangkan hasil atas kerjasama pasukan bomba, polis dan kakitangan kesihatan yang turut bersama di tempat kejadian sepanjang tiga malam di kawasan ini.

“Tiada sebarang kecederaan dan kejadian tidak diingini berlaku sepanjang proses menyelamat berlangsung. Pasukan penyelamat yang terlibat juga semua dalam keadaan yang baik dan selamat.

Kerjasama pasukan keselamatan berjaya selamatkan lelaki yang panjat bumbung sejak tiga hari lepas

“Mangsa sekarang ini telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketika ditanya mengenai motif mangsa memanjat bumbung, Abdul Fuad berkata buat masa ini pihaknya belum mengenalpasti motif kerana mangsa dikejarkan ke hospital sejurus diselamatkan.

“Itu yang lebih penting untuk keselamatan dan kesihatan mangsa. Kita akan siasat motif selepas ini termasuk dakwaan ahli keluarga mengenai mangsa.

Kerjasama pasukan keselamatan berjaya selamatkan lelaki yang panjat bumbung sejak tiga hari lepas

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan lebih kurang pukul 10.58 malam Isnin lepas.

Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba dan agensi lain selepas sesi memujuk mangsa untuk turun dari bumbung tidak berjaya.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.