SANDAKAN : Kerja-kerja pemangkasan pokok sepanjang jalan dari Taman Tshun Ngen, Batu 5 hingga Sekolah Kebangsaan St. Monica akan dijalankan pada Sabtu dan Isnin (11 dan 13 November).
Pegawai Penyelaras Parlimen Sandakan, Tang Szu Ching berkata, pihak berkuasa yang berkaitan akan menutup separuh jalan semasa kerja-kerja itu berlangsung untuk memastikan keselamatan pengguna dan kenderaan.
Pada masa sama, katanya pemandu kenderaan yang melalui jalan itu dalam tempoh tersebut juga diharap akan dapat memberi laluan dan kerjasama bagi memudahkan perjalanan masing-masing.
Tambahnya, petugas juga akan membantu mengawal lalu lintas dikawasan terlibat.
Beliau menjelaskan kerja pemangkasan itu akan dijalankan bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang setelah melihat dan mempertimbang situasi jalan pada dua hari tersebut adalah kurang sibuk.
Szu Ching turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai Jabatan Kerja Raya Sandakan atas kerja yang pantas yang mana mereka juga telah membuat tinjauan di lokasi itu pada minggu lepas.
Menurutnya kerja-kerja itu dilakukan demi keselamatan orang ramai kerana laluan tersebut mempunyai banyak pokok, dahan dan daun yang rimbun.
Pasukan Unit Tindak dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sandakan juga akan membantu dalam kerja-kerja tersebut untuk memastikan ia berjalan lancar, katanya.
Beliau berkata, usaha itu antara lain sebagai persiapan awal bagi menghadapi Monsun Timur Laut untuk mengelak kemungkinan pokok akan tumbang.