Kerajaan GRS-BN dalam proses pelbagaikan industri Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) kini dalam proses menambah nilai kepada sumber termasuk kelapa sawit, kayu-kayan dan minyak serta gas.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, ini merupakan strategi yang diambil kerajaan untuk menjadikan Sabah sebuah negeri perindustrian.

“Seperti yang kita sedia maklum untuk Sabah menjadi sebuah negeri yang berpendapatan tinggi dan maju, kita perlu beralih menjadi sebuah negeri perindustrian.

“Walaupun perindustrian bukan satu-satunya syarat utama tetapi ia adalah penting untuk Sabah mencapai ekonomi maju dan berpendapatan tinggi.

“Oleh yang demikian, strategi Kerajaan sekarang adalah untuk mengindustrikan negeri ini melalui penambahan nilai kepada sumber seperti minyak kelapa sawit, kayu dan minyak serta gas,” katanya.

Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menyentuh tentang majlis ini, Dr. Joachim berkata, ia merupakan detik bersejarah bagi POIC Lahad Datu kerana dengan termeterainya pengisytiharan ini.

Ini membolehkan pelabuhannya beroperasi sepenuhnya dan sekali gus memberikan impak yang positif kepada POIC.

Menurut beliau, POIC akan terus membangunkan dan memperbaiki infrastruktur asas dan khusus seperti yang diperlukan oleh pengilang serta pelabur untuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti perniagaan dengan lebih lancar.