
Oleh: Zakaria Damit
KENINGAU: Keningau merupakan lokasi kedua dipilih bagi menubuhkan ‘Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (Pusat STI)’ di negeri ini.
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, sebelum ini perpustakaan daerah Sandakan dipilih sebagai lokasi pertama berdasarkan lokasi yang bersesuaian bagi penubuhan STI tersebut.

Katanya, penubuhan STI akan berkonsepkan meningkatkan penglibatan serta penyertaan pengunjung yang boleh memberi kesan kepada pembentukan minda dan golongan celik sains.
“STI di daerah Keningau sangat bersesuaian iaitu berada di sekitar kawasan perpustakaan yang dilihat menjadi lokasi yang boleh menarik minat orang ramai datang berkunjung ke STI ini.
“Dengan berkongsepkan elemen biodiversiti memandangkan alam semulajadi di Sabah dengan ekosistem, flora dan fauna sekaligus bagi memanfaatkan aktiviti pembelajaran luar darjah serta ruang rekreasi yang kondusif,” katanya.
Hadir sama dalam program tersebut Jasmine Teo, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Perpustakaan Daerah Keningau, hari ini.
Yakub berkata, selain itu berberapa kemudahan lain turut disediakan termasuk Taman Pendidikan Sains serta Eco Journey sekaligus dijangka mampu menarik minat pengunjung datang ke STI ini.
“Pembinaan STI ini adalah sebahagian usaha memperhebatkan promosi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan rakyat khususnya dikalangan generasi muda,”katanya.
SabahNewsToday