KOTA KINABALU: Daerah Keningau dipilih sebagai tempat pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan pada 1 May, 2022 yang bertemakan “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi”.
Ini diputuskan semasa mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di sini semalam.
Jeffrey berkata, perayaan Pesta Kaamatan adalah platfom untuk mengekalkan budaya dan adat istiadat kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Di samping itu, katanya, Pesta Kaamatan berupaya untuk mempromosikan pelancongan di negeri ini melalui pelbagai program yang melibatkan kebudayaan serta tempat-tempat yang menarik.