Kementerian Pengangkutan Komited untuk tambah jumlah penerbangan secara terus ke Labuan

LABUAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) komited untuk mengusahakan penambahan penerbangan terus ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah) Dr. Zaliha Mustafa berkata, menterinya Anthony Loke memberikan komitmen berusaha menambah kekerapan penerbangan terus ke Labuan bagi mengatasi masalah kekurangan penerbangan yang menjadi kesresahan rakyat Labuan waktu ini.

“Kekerapan penerbangan itu bukan sahaja untuk memudahkan pengguna yang kerap  ke Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak tetapi juga bagi memastikan rakyat Labuan mendapat limpahan  manfaat  yang terbaik” katanya.

Zaliha berkata demikian  menerusi hantarannya  di Facebook selepas mengadakan  Pertemuan dengan   Anthony Loke di Parlimen  baru baru ini.

Menurut Zaliha  ketika ini hanya  terdapat kurang 10 penerbangan pergi dan balik ke Kuala Lumpur  dalam tempoh seminggu dan ia sekali gus menimbulkan kerumitan dalam kalangan warga Labuan.

Sebelum ini, isu jumlah penerbangan terus dari Kuala Lumpur telah disuarakan oleh warga Labuan semasa Program Temu Rapat Dr Zaliha  bersama Warga Labuan siri satu pada 14 Januari  lalu.

Zaliha turut menjelaskan, Anthony Loke juga akan meneliti cadangan untuk menaik taraf pelabuhan Merdeka Labuan yang merupakan pelabuhan utama di pulau ini yang sudah menjangkau lebih sekurun usianya.

Hadir sama dalam pertemuan dengan Anthony Loke itu, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Noridah Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.