Dua maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu 25, Jalan Sandakan

SANDAKAN : Dua maut manakala lima lagi cedera parah dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Batu 25, Jalan Sandakan tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tu melalui talian MERS999 lebih kurang pukul 12.53 tengah hari tadi.

Dua maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu 25, Jalan Sandakan.

Berdasarkan laporan, kejadian kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang bertembung dengan sebuah lori 10 tan.

Terdapat dua orang disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM manakala lima orang lagi cedera parah telah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.

Mangsa yang maut adalah seorang pemandu lelaki dan seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang. Kedua-dua mangsa menaiki Proton Iswara Aeroback.

Dua maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu 25, Jalan Sandakan.

Sementara itu, sebahagian dari empat orang yang berada di dalam lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan membuat operasi memindahkan jenazah ke kenderaan PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat pukul 2.18 petang selepas pasukan bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain.