SANDAKAN : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke tapak Pakej Kerja 29 Jalan Moynod – Sapi Nangoh Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah pada hari kedua Kembara Kenali Borneo, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 2.10 petang telah disambut oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya.
Lawatan tapak tersebut adalah sebahagian daripada Program Kembara Borneo Dirgahayu bermula dari Tawau, Sabah hingga ke Telok Melano, Sarawak.
Semasa lawatan tapak tersebut, Yang Di-Pertuan Agong berkenan mendengar sembah maklum daripada Nanta berhubung latar belakang dan status semasa pelaksanaan Projek LPB yabg kini 83% siap bagi 15 Pakej Kerja Fasa 1A Projek LPB.