KOTA KINABALU : Kenyataan media dan pengunguman di Bursa Saham Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Wullersdorf Resources Sdn Bhd (Anak syatikat Aumas Berhad) adalah mengelirukan sekali gus bercanggah dengan fakta sebenar.
Menurut sumber, Surat Kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bertarikh 14 Mac 2017 daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah adalah merujuk kepada Pemilik Konsesi iaitu Southsea Gold Sdn Bhd dan bukannya milik Wullersdorf Resources Sdn Bhd.seperti dimaklumkan Chong Tzu Khen CEO Wullersdorf Resources Sdn Bhd umumkan di Bursa baru-baru ini.
Southsea Gold Sdn Bhd mendapat kelulusan konsesi mineral daripada Kerajaan Negeri Sabah di tanah seluas 946 hektar pada 06 April 2017.
“Pada 13 Januari 2017, Southsea Gold Sdn Bhd memajakkan sebahagian kecil dari keseluruhan konsesinya seluas 317.7 Hektar kepada Wullersdorf Resources Sdn Bhd dan menurunkan hak penggunaan Kelulusan EIA tersebut.
“Hanya didalam kawasan pajakkan seluas 317.7 hektar tersebut. Ia amat jelas bahawa Kelulusan EIA untuk Syarikat Wullersdorf Resources Sdn Bhd hanya berkuatkuasa di dalam kawasan tanah pajakkan tersebut.
“Ini seperti yang termaktub dalam perjanjian pajakan di antara Southsea Gold Sdn Bhd dan Wullersdorf Resources Sdn Bhd pada 13 Januari 2017,” katan sumber berkenaan.
Menurutnta, kilang dibina oleh Wullersdorf Resources Sdn Bhd dikenal pasti terletak di luar kawasan pajakkan tersebut manakala Southsea Gold Sdn Bhd mengeluarkan surat pemakluman kepada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah pada 08 September 2023.
“Bahawa Southsea Gold Sdn Bhd bukan lagi operator di lombong tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadapa sebarang ketidakpatuhan Perlindungan Alam Sekitar yang dilakukan oleh Wullersdorf Resources Sdn Bhd,” katanya.
Menurut sumber, sewal pembinaan kilang tersebut, penggunaan kelulusan EIA tersebut adalah sah kerana Southsea Gold Sdn Bhd mempunyai kepentingan dalam syatikat Wullersdorf Resources Sdn Bhd.
“Akan tetapi, selepas pemilik EIA (Southsea Gold Sdn Bhd) tidak lagi mempunyai kepentingan dalam syatikat Wullersdorf Resources Sdn Bhd, kilang Wullersdorf Resources Sdn Bhd adalah haram.
“Ini Kerana, Kelulusan EIA tidak boleh digunakan oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai sebarang ikatan dengan Pemilik Sah Kelulusan EIA tersebut,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Cawangan Sabah, mengarahkan Wullersdorf Resources Sdn Bhd untuk memohon Kelulusan EIA atau mendapatkan persetujuan daripada Southsea Gold Sdn Bhd untuk kebenaran beroperasi di tanah Southsea Gold Sdn Bhd.
“Ini melalui surat bertarikh 02 Ogos 2024 lagi, tetapi Wullersdorf Resources Sdn Bhd gagal berbuat demikian.
“Satu kes pencemaran alam sekitar dilakukan Wullersdorf Resources Sdn Bhd dikesan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah pada 14 September 2023,” katanya.
Namun begitu, tindakan amat sukar dibuat kerana Kelulusan EIA dan surat aku janji pematuhan perlindungan alam sekitar adalah ditandatangani oleh Southsea Gold Sdn Bhd.
“Sedangkan, pencemaran alam sekitar telah dibuat oleh Wullersdorf Resources Sdn Bhd. Pihak Security Commission harus meneliti perkara ini kerana dikhuatiri terdapat unsur-unsur memperdaya pelabur saham dengan kenyataan yang mengelirukan,” jelasnya.
Sabah News Today difahamkan bahawa perkara ini telah dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk beberapa agensi sedang membuat siasatan terhadap salah laku yang telah dilakukan.