KOTA KINABALU – Kedua-dua keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap serta Limbahau dalam Parti Warisan (Warisan) secara automatik terbatal.
Setiausaha Agung WARISAN, Datuk Loretto S Padua berkata, ini berdasarkan perlembagaan parti menyebut mana-mana ahli sudah mengumumkan keluar maka secara automatik keahliannya terbatal secara serta-merta.
“Setakat ini kedua-dua mereka tidak perlu lagi menghantar surat untuk memaklumkan parti berkaitan hasrat mereka untuk keluar parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Loretto mengulas berhubung tindakan Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony mengumumkan keluar Warisan bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim semalam.
Peter pada Selasa mengumumkan keluar parti dan menubuhkan parti baharu mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada awal Januari ini.