Karnival Sukan Keluarga diperluaskan ke peringkat Parlimen Tawau – Nizam

TAWAU : Karnival Sukan Keluarga Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas akan dijadikan acara tahunan di dalam Parlimen Tawau menjelang tahun depan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sukan keluarga ini sangat bermanfaat berpotensi untuk  dikembangkan di peringkat Parlimen Tawau dengan membabitkan DUN Balung, Apas dan Sri Tanjung.

Nizam menyampaikan cenderhati daripada kontinjen yang mengambil bahagian.

Katanya, secara tidak langsung penglibatan semua DUN yang terlibat dalam Parlimen Tawau akan mewujudkan keserasian untuk memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Kali ini PDM Apas menjuarai edisi sukan keluarga kali pertama ini dengan 10 kutipan pingat Emas. Tahniah diucapkan kepada Ketua PDM Apas Tony Tahah.

Nizam menyampaikan hadiah kepada pemenang.

“Tahniah juga diucapkan buat keseluruhan Ketua PDM dan ahli PDM atas semangat sukan kekeluargaan yang dipamerkan sepanjang acara berlangsung,” katanya merasmikan program Karnival Sukan Keluarga di sini semalam.

Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, selepas satu perbincangan lanjut akan dijalankan bagi memastikan Karnival Sukan Keluarga dapat dilaksanakan sekalingus diperluaskan sehinga ke peringkat Parlimen Tawau di masa depan.

“Sekalung tahniah juga diucapkan buat Pengerusi Penganjur Mahamud Sakti dan kesemua Ketua PDM yang terlibat dalam merealisasikan kejohanan pada kali ini, sampai jumpa lagi di edisi seterusnya,” jelas Nizam.