KOTA KINABALU : Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) komitedmelahirkan murid-murid KAFA yang memahami sekali gus mampu menguasai ilmu agama dan asas fardu ain.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, KAFA UMS menitikberatkan ilmu, adab dan akhlakdalam membentuk kemenjadian diri murid-muridnya.

Katanya, kejayaan murid-murid KAFA bukan hanya diukurpada anugerah yang diraih tetapi kemenjadian insaniah pada seseorang murid adalah pengukur kejayaan sebenar.
“Sebagai orang Islam khususnya anak-anak murid KAFA, kemenjadian seorang murid itu tentulah melibatkan sisi adabdan akhlak yang mulia.
“Sebagaimana Nabi Muhammad SAW diutuskan kepadakaum musyrikin Mekah untuk mengajarkan mereka adab dan akhlak Islam dahulu sebagai tunjang dalam memperbaiki dan memperkuatkan lagi keimanan. Sehinggakan kemuliaan adabdan akhlak menjadi salah satu keistimewaan yang mencerminkan agama Islam mendahului ilmu itu sendiri.
“Saya mendoakan semua anak-anak didik KAFA ini berjayamendapat manfaat daripada ilmu yang dituntut sepanjangmelanjutkan sesi persekolahan di sini. Semoga ilmu dituntutakan menjadi amal ibadah dan diterima oleh Allah SWT,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UMS, Dr. Sarip Adul berkata kejayaan anak-anak dicapai apabila matlamat modal insan Islam berjaya dibentuk oleh generasi akan datangdengan keseimbangan ilmu dan keindahan adab serta sahsiah.
“Pelaburan terbesar kita sebagai ibu bapa adalah anak-anakyang soleh dan solehah. Janganlah kita sesekali meletakkankepentingan lain melebihi kepentingan dan keutamaanpendidikan agama ke atas anak-anak.
“Bersederhana dalam mendidik dan utamakanlah agama sebagai tunjang dan panduan utama. Pesan saya untuk dirisendiri, para ibu bapa dan guru, didiklah anak-anak dalamusaha membentuk generasi yang mencintai agama Islam melebihi hal yang lain,” katanya.
Pada majlis tersebut, seramai 90 murid diraikan dalam lapankategori iaitu Pelajar Cemerlang Ujian Akhir Akademik, Pelajar Terbaik Sahsiah, Anugerah Tokoh Pelajar Perempuan dan Lelaki serta Anugerah Tokoh Pelajar Mithali.