JPJ tahan tiga kenderaan dalam dalam ‘Ops Kereta Mewah’

KOTA KINABALU : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menahan tiga kenderaan melalui  ‘Ops Kereta Mewah’ selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di sekitar ibu negeri di sini semalam.

Ops yang dilaksanakan Unit Operasi, Falcon, Kejuruteraan Automotive, Unit Kesalahan Teknikal serta Unit Pengurusan Aduan dan Siasatan JPJ menahan tiga kenderaan  mewah tersebut jenis Porsche Carrera 911, Nissan Silvia S15, Audi R8 dan Suzuki Jimny.

Antaranya dilakukan mereka termasuk memiliki Lesen Kenderaan Motor Tamat Tempoh, Tiada Perlindungam Insuran serta ubahsuai secara extreme dan menukar cabin tanpa kebenaran.

Kesemua kenderaan tersebut di bawah ke Ibu Pejabat JPJ Sabah untuk tindakan selanjutnya.