SPRM tahan dua individu termasuk seorang penjawat awam

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir mantan palsu.

Ini bagi tujuan pembelian peralatan persekolahan di sebuah negeri tersebut bernilai kira-kira RM10,000 sedangkan pembelian tersebut tidak dilaksanakan.

Sumber berkata, kedua-dua suspek masing-masing seorang wanita dan lelaki berusia 40-an dan 50-an dipercayai ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Disember 2018 dan individu wanita yang dipercayai pemilik syarikat telah mengemukakan tuntutan palsu melalui invois-invois dan telah diperakui penerimaan oleh pegawai di institusi pendidikan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 471 dan 107 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, esok suspek dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah.