KINABATANGAN : Jenazah Mungkin Radin, 65, abang ketiga Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung Sinar Jaya Bukit Garam, kelmarin.
Pada petang Ahad Allahyarham dimasukan ke unit kecemasan Hospital Duchess Of Kent Sandakan kerana mengadu sakit kaki yang tidak tertahan disahkan meninggalkan dunia pada subuhnya dan difahamkan allahyarham mengalami masalah organ tidak berfungsi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu enam orang anak dua lelaki dan empat perempuan selai empat orang cucu perempuan.
Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah masih berada di kawasan kerana menghadiri beberapa program rasmi parti turut berada di sini allahyarham ketika berada di unit kecemasan hospitak Duchess Of Kent Sandakan.
Sementara itu, dalam hantaran Bung Moktar d Facebook miliknya, beliau yang mewakili pihak keluarga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ziarah sanak saudara rakan-rakan selain ucapan takziah yang dihantar kepada beliau melalui apllikasi WagtasApp panggilan dan yang dimuat naik di media sosial .
“Kepada semua individu yang terlibat secara kangsung atau pun tidak langsung membantu meringankan pengrusan pengebumian Allahyarham sehingga selesai, saya bersama keluarga hanya memohon kepada Allah SWT untuk memberikan ganjaran pahala kepada mereka,” Tulis Bung Moktar.
Bung Moktar meruoakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan pihak pengurusan serta kakitangan Hospital Duchess Of Kent Sandakan yang berusaha bersungguh-sungguh membantu allahyarham namun takdir sudah menentukan akan pemergian beliau.