Jeffrey ziarah mangsa kemalangan jalan raya

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri yang juga ahli parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan semalam menziarahi mangsa nahas jalan raya di Jalan Apin-Apin 24 Mac lepas.

Beliau meluangkan masa bersama keluarga mangsa untuk memahami keadaan dan kesedihan yang dihadapi serta memberi sedikit sumbangan dan bantuan untuk meringankan beban mereka.

Pada hari kejadian, dua mangsa dilaporkan maut di lokasi iaitu pemandu MPV, Masino Gelong, 45, dan anaknya Claeryina Mecthildis, 3, sementara lima mangsa lain, termasuk isteri dan empat anak dilaporkan parah dan dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan.

Bagaimanapun, isteri mangsa, Chelrina Philip, 33, dilaporkan turut meninggal dunia kira-kira 21 jam selepas kemalangan, sementara Mica Chelsino, 7 disahkan meninggal dunia pada jam 11:21 malam.

Charlene Myra Masini, 9, stabil dan dalam pemantauan di Hospital Keningau, manakala Camerllia Maw Msimo, 11, stabil dan dirawat di Hospital Likas.

Mattheo Charbel, 2, stabil dan kini berada di rumah keluarga ibu mangsa di Keningau.

Turut bersama ialah Datin Seri Cecilia E. Kitingan; Pegawai Daerah Tambunan Sabitun Makajil dan isteri Vineh Jaimis, Timbalan Ketua Bahagian STAR Tambunan Jinus Taguah; Ketua Wanita STAR Tambunan Josephine Liew dan UPPM Stephanie Lazarus.