JANS lakukan operasi potong sambungan paip haram di Sepanggar

KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melakukan operasi memotong beberapa sambungan haram paip air di sekitar kawasan Sepanggar, di sini semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, usaha itu adalah sebahagian dari usaha berterusan pihak JANS untuk menurunkan kadar air tidak berhasil yang hilang akibat dicuri dari sistem agihan bekalan air di sekitar Kota Kinabalu.

Masyarakat umum juga boleh memainkan peranan dengan membantu melaporkan kepada JANS sekiranya ternampak kejadian-kejadian curi air seperti itu, katanya di Facebook rasminya.

Shahelmey berkata selain sambungan paip haram, pihak JANS juga berdepan dengan cabaran vandalisme terhadap aset-aset JANS.