KOTA KINABALU: Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah Datu Rosman Datuk Ahir Zaman berkata tanpa sokongan BN, Datuk Seri Hajiji Noor tidak akan dapat menduduki jawatan Ketua Menteri selepas Pilihanraya Negeri ke-16
Katanya meskipun ketika itu dibentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang merangkumi beberapa parti kompenan lain antaranya STAR, PBS, Bersatu namun kerusi kemenangan yang mereka perolehi tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan, bagaimanapun sikap berlapang dada pemimpin BN yang diketuai Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin telah memberikan sokongan kepada Hajiji untuk menduduki jawatan nombor satu itu.
Datu Rosman berkata, dalam hubungan ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Ali “jangan terlalu angkuh” dan mendabik dada dengan kedudukan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri ketika ini yang didakwa memiliki sokongan majoriti Adun Sabah
Menurut Datu Rosman tidak ada siapa yang boleh mengubah sejarah, begitu hakikatnya Hajiji boleh menjadi Ketua Menteri kerana adanya sokongan BN kepada beliau menjadi Ketua Menteri selepas pilihanraya Negeri ke-16 dan bermula dengan sejarah inilah beliau sehingga kini kekal menjadi Ketua Menteri .
“Bayangkanlah kalau BN tidak menyokong beliau (Hajiji) ketika itu apakah beliau boleh menjadi Ketua Menteri sehingga kini? Sudah tentu tidak . Sejarahnya bermula dari sini justeru Armizan jangan terlalu mendabik dada dan melupakan sejarah” katanya.
“Saya mengulas kenyataan media Armizan yang menganggap samada Bung menyokong atau sebaliknya sudah tidak Relevan dan Hajiji kekal tetap menjadi Ketua Menteri di salah sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysia Kini baru baru ini,” katanya.
Menurut Datu Rosman jika diukur dari jumlah kerusi yang dimenangi oleh BN selepas PRN-16 BN memenangi sebanyak 14 kerusi berbanding Bersatu hanya 11 kerusi dan dari segi moralnya BN lebih berhak menunutut jawatan Ketua Menteri kerana mempunyai kerusi DUN yang lebih banyak dari Perikatan Nasional namun oleh kerana Perikatan Nasional menguasai kerajaan Pusat dan dengan sokongan badan gabungan GRS ,Hajiji mempunyai laluan mudah menjadi Ketua Menteri
Datu Rosman berkata sikap berlapang dada Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin perlu dipuji dan dihargai ,beliau tidak meletakkan kepentingan peribadi atau kemaruk kuasa menjadi Ketua Menteri ,walau ada asas kukuh untuk beliau menuntut jawatan tersebut namun kerana meletakkan kepentingan negeri dan rakyat kerajaan negeri perlu dibentuk selepas PRN bagi mempastikan kestabilan politik dan kemakmuran negeri dan rakyat terpelihara ,
Dalam pada itu Datu Rosman berkata Armizan boleh mendabik dada sekarang Hajiji mempunyai sokongan padu dari ADUN Sabah namun hakikatnya bagimana sokongan tersebut bermula ianya disebabkan ada beberapa individu pemimpin dari UMNO yang berpaling tadah melacurkan prinsip dan kesetiaan kepada UMNO untuk bersama Hajiji kerana mengajar pangkat dan kedudukan selain ganjaran yang diberikan dan ini telah terbukti ketika ini.
Kemelut politik yang berlaku baru-baru ini sebenarnya bukanlah rampasan kuasa sebagaimana yang Digambar-gamburkan oleh pemimpin GRS ini dibuktikan tidak ada Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat dan dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah oleh dua kelompok parti yang dikaitkan dengan rampasan kuasa ini UMNO dan Warisan.
“Apa yang jelas dakawaan rampasan kuasa itu hanya satu persepsi hakikatnya apa yang dimahukan oleh UMNO/BN Sabah ialah penyelarasan kerajaan negeri agar sama dengan konsep kerajaan perpaduan sebagai mana yang berlaku di peringkat Pusat,” katanya.
Ekoran dari itu BN telah membentuk sebuah Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk semua parti mengasasknya agar selaras dengan kerajaan perpaduan di peringkat pusat
Di Sabah ianya diketuai oleh Bekas Timbalan Ketua UMNO Sabah sebelum ini Datuk Yakub Khan sebagai pengerusi untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri yang diketuai oleh Hajiji, bagaimana pun sehingga kini tidak ada resolusi yang dicapai dan dalam masa yang sama pemecatan atau pembuangan pemimpin-pemipin UMNO lantikan politik termasuk ahli Lembaga pengarah Syarikat Berkiatan Kerajaan (GLC) terus dilakukan oleh Hajiji yang bertindak seperti menyimpan dendamnya yang sekian lama kepada pemimpin UMNO di Sabah.
“Sudah tentu tindakan sebegini menghilangkan rasa hormat UMNO/BN Sabah terhadap kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri justeru tiada keperluan untuk UMNO Sabah menyokong beliau kerana dalam masa yang sama beliau berusaha untuk menghampuskan pengaruh UMNO/BN di Sabah dan dalam masa yang sama terus melakukan lawak yang beliau menyokong kerajaan perpaduan pusat namun di Sabah membelakangkan kemahuan kerajaan pusat dengan mewarnakan politik hanya untuk kepentingan peribadi,” jelas Datu Rosman.
Dalam perkembangan yang sama juga Datu Rosman turut mengingatkan Armizan Ali yang beliau juga terhutang budi kepada UMNO/BN kerana memberikan laluan untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Papar pada PRU ke-15 baru baru ini walaupun pada hakikatnya kerusi Kawasan tersebut merupakan kerusi tradisi UMNO/BN
“Beliau patut hargai jasa serta sumbangan UMNO/BN lebih-lebih lagi sokongan ahli-ahli UMNO/BN kepada beliau sehingga memenangi Kawasan tersebut ,justeru jangan terlalu angkuh dan sombong sejarah tetap tidak akan dapat diubah,” tambah Datu Rosman.
Beliau juga turut mencabar Armizan sebagai penyokong tegar Ketua Menteri untuk menyatakan pendirian menyertai PGRS tidak hanya berlindung di sebalik Gerakan Rakyat Sabah (GRS) sebagai Ahli Parlimen tanpa sebarang parti ini kerana GRS bukanlah sebuah parti politik .