Jadikan Labuan sebagai Pulau Mampan, maju dan sejahtera – Anifah

LABUAN : Warga Labuan diseru untuk berganding bahu dalam memacu wilayah ini sebagai sebuah pulau mampan, maju dan sejahtera di negara ini.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman berkata, sehubungan itu semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memastikan usaha memajukan Labuan tercapai pada masa depan.

Anifah Aman

Katanya, ini termasuk meningkatkan usaha kesejahteraan Labuan khususnya dalam pembangunan infrastruktur serta sosio ekonominya.

“Setiap jabatan bersama agensi terbabit perlu mencari kaedah lebih berkesan dalam memudah cara urusan sekali gus meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat termasuk pelabur.

“Segala input diperoleh melalui sesi libat urus dilaksanakan perlu diambil kira bagi memastikan segala yang digariskan tercapai,” katanya di sini semalam.

Anifah berkata, ini khususnya

dalam melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat khususnya di Labuan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib berkata, Perbadanan Labuan mengariskan lapan projek baharu melalui Rancangan Struktur Labuan 2030.

Katanya, antaranya iaitu melibatkan projek bekalan air, menaik taraf dan menyelengara Sistem Agihan Bekalan Air.

“Selain itu memperluaskan liputan telekomunikasi disamping menambah destinasi penerbangan domestik dan antarabangsa.

“Dalam tempoh sama mewujudkan pelabuhan bersepadu serta meningkatkan cadangan untuk pembangunan bandar di bahagian Timur Labuan,” jelas Mohd Sukuran.

Beliau menambah, dalam tempoh sama meningkatkan cadangan pembinaan empangan pesisir Pantai Sungai Ganggarak dan Rancangan pembinaan jambatan ikonik Labuan.