PITAS : Rakyat meminta rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pembohongan Parti Warisan yang ketika ini giat melakukan jelajah menyampaikan ceramah di seluruh negeri.
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, beliau diserang siang dan malam dengan pelbagai fitnah dan cerita tidak benar oleh Warisan.
Katanya, namun fakta menunjukkan kerajaan pimpinannya melakukan yang terbaik berpandukan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang digariskan.
“Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) boleh diadakan lebih awal jika beliau memutuskan untuk mengadakannya sebelum tarikh tamat tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Pitas di sini hari ini.
Hajiji berkata, PRN akan datang paling akhir pada Oktober tahun depan sekali gus boleh diadakan pada bila-bila masa.
“Jadi saya fikirlah bila kita akan adakan PRN. Kalau saya fikir awal, maka awal lah, kerana itu, kita kena bersiap sedia dari sekarang,” jelas Hajiji.