Insiatif ‘Bayu’ Diperkenalkan Jelaskan Yuran MUET Pelajar Sabah – Mohd Arifin

KOTA KINABALU : Insiatif Sabah baharu Bantuan Yuran Peperiksaan MUET kepada Pelajar B40 (BAYU) diperkenalkan sebagai sokongan agar mereka tidak tercicir melanjutkan pelajaran akibat masalah kewangan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peperiksaan wajib ini perlu diambil bagi kemasukan ke program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 

Katanya, kerajaan berharap dengan lebih ramai pelajar B40 dapat mempersiapkan diri untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

“Tahun ini kita mengumumkan inisiatif bayaran kepada yuran pelajar yang menduduki peperiksaan MUET. 

“Semua mereka akan menerima, bukan sahaja B40. Mereka yang mengambil peperiksaan MUET ini akan menerima bayaran ini melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS),” katanya.

Mohd Arifin berkata, ini akan mula berkuat kuasa dalam peperiksaan MUET Sesi tiga Tahun 2025. 

“Langkah ini diambil sebagai satu usaha murni untuk meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah.

“Pada masa sama memperkukuh akses pendidikan serta kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar, bandar dan pedalaman tanpa mengira lokasi geografi,” jelasnya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Arifin merupakan Exco Pendidikan berkata, pelajar cemerlang akan diberikan sebanyak RM1,000 setiap seorang selepas memperoleh keputusan cemerlang.

“Pelajar cemerlang di peringkat kebangsaan, kerajaan memberikan insiatif berjumlah RM3,000.

“Ini merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan pelajar yang cemerlang dihargai sekali gus menerima bantuan,” kata Mohd Arifin.